Sabtu, 12 Jun 2010

ANAK ANGKATKU MALA DAN IWAN


Nurmalah Hassan dan Nor Izwandi Alias merupakan anak angkatku yang baru. Mereka berdua datang dengan sendirinya tanpa aku minta. Ini lah HADIAH DARI ALLAH disaat aku kesunyian..

Jelas terpancar keceriaan dan keriangan diwajah suamiku apabila Mala dan Iwan memanggil kami dengan panggilan Ummi dan Ayah. Ya ALLAH aku amat bersyukur kepadamu...

Atas segala kehilangan yang lalu rupanya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Syukur Alhamdullillah....

Jumaat, 14 Mei 2010

LAWATAN KE TV3










17 Mac 2010 aku dan rakan-rakan (ahli KKD HAWA) FPISB Palong Timur telah pergi membuat lawatan ke TV 3, kami bertolak jam 6.30 pagi dan tiba di Sri Pentas jam 11.00 pagi. Rombongan kami disambut mesra oleh en. Zul dan Cik Riana. Tepat 11.30 pagi kami dibawa masuk ke studio untuk slot Wanita Hari Ini. Maka pada ari tu adalah muka kami keluar kat TV3...anak-anak dirumah pun seronok tengok TV, muka-muka mak dia orang kuar kt TV3..ada tu yang tengok siaran ulangan kul 1.30 pagi..

Rabu, 21 April 2010

LEDANG 14 APRIL 2010



Ikatan PERSAHABATAN itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi CINTANYA , diratib demi REDHANYA. Setiap sahabat mempunyai KEISTIMEWAAN yang telah ditetapkan ALLAH sejak azali lagi. Ada sahabat yg kasar tetapi lembut hatinya, ada yang nakal tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang tetapi sebenarnya amat penyayang. Keserasian dlm persahabatan dapat diwujudkan apabila TERBINANYA PERSEFAHAMANwalaunpun manusia dijadikan ALLAH berbeza-beza...

Khamis, 15 April 2010

Rabu, 14 April 2010

AKSI FIQA 01






Umur 1 tahun 2 bulan fiqa dapat nama baru "MIYOKO" . Mungkin sebab muka dia ada mirip-mirip jepun..keluarga angkat dia yg bagi gelaran..

Jumaat, 19 Februari 2010

FAMILY DAY HJ RONI 2010










Family Day kali ini diadakan pada 13.02.2010 di LEDANG RESORT. Meriah sekali dengan kehadiran anak-anak,menantu2, cucu2 dan cicit Hj. Roni.. TQVM wat Cik Awie dan Cik Jah yang merupakan penyumbang terbesar majlis ini...semoga lebih murah rezki kalian berdua dimasa-masa akan datang...amin..

Jumaat, 12 Februari 2010

SYAFIQAH DI HOSPITAL SEGAMAT





Pada 07.02.2010 yang lalu cucu kesayanganku telah dimasukan ke wad 1 Hospital Daerah Segamat akibat dari sakit cirit birit dan muntah muntah. Kesian betul...hilang sekejap muka dia yang comel.Nasib baik semalaman saja kat wad.

Selasa, 26 Januari 2010

BONDA KU


BONDA KU SAYANG BERSAMA BAKAL MENANTU BONGSU NYA...

Isnin, 25 Januari 2010

KEBERKATAN MAKANAN




SABDA RASULLULLAH:

Makanlah makanan yang baik (HALAL), tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi ALLAH yg memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya jika sesaorang melemparkan sesuap makanan yang tidak halal ke perutnya, tidaklah makbul doanya selama 40 hari..

OLEH ITU JANGAN PANDANG MUDAH PADA MAKANAN YANG DIAMBIL KERANA IA BOLEH MEMPENGARUHI KESELURUHAN KEHIDUPAN ORANG ISLAM. SEPERTI KATA ORANG, KITA ADALAH APA YG KITA MAKAN. JIKA BAIK MAKANAN YANG KITA AMBIL, MAKA BAIKLAH KESELURUHAN TUBUH DAN JIWA KITA.

Khamis, 21 Januari 2010

BEREHLAH






Selain riadah rehlah juga merupakan salah satu latihan fizikal bagi seorang isteri kerana fizikal adalah satu alat bagi melaksanakan kewajipan hidup dalam alam rumah tangga. Fizikal yang sihat dapat menambahkan kemesraan dan kebahagiaan rumahtangga..

Rabu, 20 Januari 2010

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API




Seorang isteri hendaklah sentiasa berusaha supaya memasak sendiri makanan yang dihidangkan untuk suaminya. Ini perlu dilakukan sebaik mungkin supaya makanan tersebut betul-betul sesuai dengan selera dan keinginan suami. Isteri juga perlu menyediakan makanan kegemaran suami tanpa disuruh juga kena memastikan ketika mana suami memerlukan makanan tersebut.

22.12.2009 aku masak lauk kegemaran suamiku, aku hiaslah dengan ape jer yg ada dlm peti ais ari tu, maka jadilah seperti dlm gambo yang suamiku ambil....

Selasa, 19 Januari 2010

KAHWIN KHAIRUL EN. DOL





Dalam hadis dari Aishah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya semulia-mulia perkahwinan ialah yang ada barakah. Tanda barakah ialah rendah maskahwinnya.......wanita yang baik hatinya ialah yang murah maskahwin dan mudah urusan perkahwinannya. Wanita yg tidak baik ialah yang tinggi maskahwin dan susah urusan perkahwinannya.

Tahniah cik Nia ucapkan wat Khairul dan Betty sebab dah dapat cahaya mata...bertambahlah cucu mak ye Rul..semoga bahagia selalu dan hidup sentiasa diberkati Allah..amin..